Monday, 18 July 2011

~~islamic circle season one~~





Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Sudah menjadi sunnatullah bagi anak Adam diberikan kepada mereka berbagai kenikmatan yang mereka cintai dan dijadikan indah pandangan mereka dengannya di dunia ini sebagaimana dalam firman Allah S.W.T. :


 “Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang. itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik. (Ali Imran:14)


Dalam manusia mengejar keindahan duniawi yang menjadi kecintaan manusia, dalam ayat ini Allah mendahulukan wanita sebelum yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa wanita menjadi sumber terbesar kenikmatan, kesenangan dan perhiasan hidup ini.

Walaupun Allah telah menciptakan wanita sebagai perhiasan terbesar dunia ini namun wanita  juga merupakan fitnah terbesar di dunia ini yang pernah diciptakan Allah bagi kaum laki-laki.

wanita adalah ujian terbesar buat kaum Adam
" tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada kaum lelaki selain wanita".
(riwayat Al-Bukhari)

astagfirullah,
sahabat-sahabat..
jagalah akhlak kita,jagalah penampilan kita,jagalah segala-galanya yang ada pada kita yang bergelar wanita...sungguh,kita terkadang lalai,alpa dan leka dengan usikan dunia...
takutlah kita sahabat-sahabat,
jangan kerana kita yang tidak baik akhlaknya, yang tidak baik ibadatnya dan yang tidak baik segala-galanya 4 golongan yang tidak bersalah diheret tatkala menanggung dosa kita...

golongan tersebut adalah 
  • ayah
apabila seorang ayah tidak memperdulikan kebajikan agama anak perempuannya di dunia, dia tidak pernah kisah dengan ilmu akhirat anaknya seperti solat,mengaji Al-Quran dan sebagainya. Dia membiarkan anaknya mendedahkan aurat dan tidak pula menegurnya. Maka, dia akan diheret ke neraka oleh anaknya.

  • suami
jika dia tidak mempedulikan perlakuan isterinya seperti berhias bukan untuk dirinya, tetapi untuk lelaki yang bukan mahram dan tidak halal baginya apabila isterinya mengingkari suruhan dan larangan Allah, tidak menegur sekalipun dia seorang ahli ibadah, dia akan tetap diheret ke neraka oleh isteri yang tersayang.

  • adik-beradik lelaki
apabila ayah sudah tiada, maka adik beradik lelaki bertanggungjawab ke atas seorang perempuan. sekiranya mereka membiarkan adik beradik perempuan mereka dalam kemungkaran, mereka juga akan turut diheret ke neraka.

  • anak-anak lelaki
apabila seorang anak tidak menasihati ibunya dalam perihal yang diharamkan dalam islam, tidak menyuruh ibunya mengerjakan ibadah, golongan ini juga akan turut di heret ke neraka.

sahabat-sahabat muslimahku,
janganlah kita menjadi 'asbab' kepada golongan ini untuk tidak ke syurga...
sebaliknya,jadilah kita sebagai 'asbab' untuk mereka ke syurga yang kekal abadi...






No comments:

Post a Comment