Thursday, 21 July 2011
Tuesday, 19 July 2011
Muslimah
oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah
Kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah Tuhan telah berkati
Wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi
Dengan indahnya
Oh muslimah
Kau rajin memujuk
Islam kau jadikan
Ikutan sejati
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
keayuan wanita solehah
indah peribadi
tulus hatinya
oh muslimah
kecantikan yang sebenar
pada tutur kata penuh berhikmah
mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
oh muslimah
kau masuk ke syurga
solat lima watu
dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
ikutan sejati
Monday, 18 July 2011
akhirnya~~
Firman Allah S.W.T.
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (An-Nahl: 18)
Alhamdulillah,segala pujian dipanjatkan ke hadrat Allah SWT selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, dengan kesempatan dan kelapangan masa yang dianugerahkan akhirnya helwanis PMIMSU dapat merealisasikan impian untuk menerbitkan blog dibawah kelolaan helwanis sendiri.
Helwanis merupakan singkatan bagi perkataan hal ehwal wanita islam yang mana kami bagi pihak muslimat PMIMSU bertanggungjawab menjaga hal ehwal wanita di kalangan para pelajar wanita MSU. Hal ehwal yang dimaksudkan di sini adalah menjaga kemaslahatan atau kepentingan wanita dari segi kebajikan, pengisian rohani, fiqh wanita islam dan sebagainya.
Kami bagi pihak PMIMSU amat mengharapkan kerjasama bagi pihak muslimat MSU untuk terus memberi sokongan padu kepada kami dalam meneruskan gerak kerja dakwah dan tarbiyyah di MSU.
Kesempatan yang diberikan oleh Allah ini amatlah berharga dan insyaAllah blog ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin dalam menyebarkan dakwah kepada seluruh warga MSU secara khasnya dan seluruh pelusuk dunia secara amnya.
~~islamic circle season one~~
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
Sudah menjadi sunnatullah bagi anak Adam diberikan kepada mereka berbagai kenikmatan yang mereka cintai dan dijadikan indah pandangan mereka dengannya di dunia ini sebagaimana dalam firman Allah S.W.T. :
“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang. itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik. (Ali Imran:14)
Dalam manusia mengejar keindahan duniawi yang menjadi kecintaan manusia, dalam ayat ini Allah mendahulukan wanita sebelum yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa wanita menjadi sumber terbesar kenikmatan, kesenangan dan perhiasan hidup ini.
Walaupun Allah telah menciptakan wanita sebagai perhiasan terbesar dunia ini namun wanita juga merupakan fitnah terbesar di dunia ini yang pernah diciptakan Allah bagi kaum laki-laki.
wanita adalah ujian terbesar buat kaum Adam
" tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada kaum lelaki selain wanita".
(riwayat Al-Bukhari)
astagfirullah,
sahabat-sahabat..
jagalah akhlak kita,jagalah penampilan kita,jagalah segala-galanya yang ada pada kita yang bergelar wanita...sungguh,kita terkadang lalai,alpa dan leka dengan usikan dunia...
takutlah kita sahabat-sahabat,
jangan kerana kita yang tidak baik akhlaknya, yang tidak baik ibadatnya dan yang tidak baik segala-galanya 4 golongan yang tidak bersalah diheret tatkala menanggung dosa kita...
golongan tersebut adalah
- ayah
apabila seorang ayah tidak memperdulikan kebajikan agama anak perempuannya di dunia, dia tidak pernah kisah dengan ilmu akhirat anaknya seperti solat,mengaji Al-Quran dan sebagainya. Dia membiarkan anaknya mendedahkan aurat dan tidak pula menegurnya. Maka, dia akan diheret ke neraka oleh anaknya.
- suami
jika dia tidak mempedulikan perlakuan isterinya seperti berhias bukan untuk dirinya, tetapi untuk lelaki yang bukan mahram dan tidak halal baginya apabila isterinya mengingkari suruhan dan larangan Allah, tidak menegur sekalipun dia seorang ahli ibadah, dia akan tetap diheret ke neraka oleh isteri yang tersayang.
- adik-beradik lelaki
apabila ayah sudah tiada, maka adik beradik lelaki bertanggungjawab ke atas seorang perempuan. sekiranya mereka membiarkan adik beradik perempuan mereka dalam kemungkaran, mereka juga akan turut diheret ke neraka.
- anak-anak lelaki
apabila seorang anak tidak menasihati ibunya dalam perihal yang diharamkan dalam islam, tidak menyuruh ibunya mengerjakan ibadah, golongan ini juga akan turut di heret ke neraka.
sahabat-sahabat muslimahku,
janganlah kita menjadi 'asbab' kepada golongan ini untuk tidak ke syurga...
sebaliknya,jadilah kita sebagai 'asbab' untuk mereka ke syurga yang kekal abadi...
wanita solehah idamanku....:)
Semoga dapat dijadikan panduan kepada kaum wanita dalam membentuk diri menjadi muslimah sejati. jua buat panduan kaum lelaki dalam mencari muslimah sejati untuk teman dunia dan akhirat. sama-samalah kita membentuk diri dalam menjadi hamaba Nya yang berTAQWA….
" WANITA IDAMAN "
Wanita idaman lelaki ialah ,
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah ,
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam ,
yang sentiasa haus dengan ilmu ,
yang sentiasa dahaga akan pahala ,
yang solatnya maruah dirinya ,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar ,
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu ,
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah .
Wanita idaman lelaki ialah ,
yang menjaga tutur katanya ,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya ,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang ,
yang mempunyai ramai kawan ,
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang .
Wanita idaman lelaki ialah ,
wanita yang menghormati ibunya ,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga ,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga ,
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam ,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana ,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat .
Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan ,
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat ,
yang boleh diajak berbincang dan berbicara ,
yang menjaga matanya dari berbelanja ,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya .
Wanita idaman lelaki ialah ,
tidak pernah membazirkan masa,
matanya kepenatan kerana penat membaca ,
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir ,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan ,
bangunnya subuh penuh kecergasan ,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan ,
Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa mengingati mati ,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat ,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga ,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik ,
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian .
Wanita idaman lelaki ialah ,
yang tidak terpesona dengan buaian dunia ,
kerana dia mengimpikan syurga ,
di situlah rumah idamannya ,
dialah WANITA IDAMAN LELAKI .
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah ,
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam ,
yang sentiasa haus dengan ilmu ,
yang sentiasa dahaga akan pahala ,
yang solatnya maruah dirinya ,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar ,
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu ,
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah .
Wanita idaman lelaki ialah ,
yang menjaga tutur katanya ,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya ,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang ,
yang mempunyai ramai kawan ,
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang .
Wanita idaman lelaki ialah ,
wanita yang menghormati ibunya ,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga ,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga ,
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam ,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana ,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat .
Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan ,
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat ,
yang boleh diajak berbincang dan berbicara ,
yang menjaga matanya dari berbelanja ,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya .
Wanita idaman lelaki ialah ,
tidak pernah membazirkan masa,
matanya kepenatan kerana penat membaca ,
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir ,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan ,
bangunnya subuh penuh kecergasan ,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan ,
Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa mengingati mati ,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat ,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga ,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik ,
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian .
Wanita idaman lelaki ialah ,
yang tidak terpesona dengan buaian dunia ,
kerana dia mengimpikan syurga ,
di situlah rumah idamannya ,
dialah WANITA IDAMAN LELAKI .
" Jika ada lagi WANITA sebegini..alhamdulillah….alangkah bertuah sesiapa yg dapat memiliki hatinya.. "
Subscribe to:
Posts (Atom)





